Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan dalam bentuk rumput kecil,
mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta,
mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji
Habbatussauda. Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan
pelbagai nama seperti Habbatussauda (Mesir , Syam), dalam Bahasa Inggris
dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Produk mempunyai khasiat
yang amat tinggi.
Mengandung lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan
ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi
oleh manusia. Habbattussauda adalah salah satu supplement yang memperbaiki sistem tubuh manusia, yang berfungsi untuk membersihkan
darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sehat .
Tujuh ciri-ciri Habattassauda:
1. Kaya dengan Monosaccharide Glukosa, xylosa dsb. polysaccharide fatty
acid. EFA tidak bisa dihasilkan oleh badan kita, oleh
itu sumber utamanya ialah dari makanan. Amino acid yang membentuk
protein. Karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.
2. Sistem imunisasi- Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati,
habbatussauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan
penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS
dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
3. Anti-histamine- Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel
mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan).
Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C,
sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh karena pengidap
penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatussauda
mungkin baik diambil secara berterusan oleh penyakit-penyakit ini.
4. Anti-tumor- Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya
menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan
untuk membantu menghalang penyakit kanser.
5. Anti-bakteria- Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai
aktiviti anti-bakteria . Habbatus sauda didapati berupaya mengawal
bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna
habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit
seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
6. Anti-radang (anti-inflammation)- Habbatus sauda didapati bisa
mengurangi radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma
(mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (olahan yang menyebabkan
gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
7. Menggalakkan pengeluaran susu- Kombinasi lemak dan hormon yang
didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang
menyusukan bayi bertambah.